Friday, January 14, 2011

Kalendar Kursus Unit Pengurusan Maklumat 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Unit Pengurusan Maklumat di bawah Program Latihan Pengurusan ICT, IMATEC telah merancang sebanyak lapan kali kursus sepanjang tahun ini di samping mengendalikan tugas-tugas yang lain. InsyaAllah, kursus akan bermula pada bulan Februari nanti dengan penganjuran Bengkel Multimedia:Digital Image. Semua penjawat awam berpeluang mengikuti kursus yang disenaraikan dengan membuat permohonan kursus dalam talian di laman utama INTAN Kiara.

Berikut di paparkan senarai kursus anjuran Unit Pengurusan Maklumat yang dirancang sepanjang 2011. Walaubagaimanapun, jika terdapat sebarang perubahan tarikh, kursus dan sebagainya akan dimaklumkan di blog ini dan juga di laman utama INTAN. Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Datang 2011.

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Selamat datang 2011 !!
Persiapan kursus sudah bermula...mengemaskini segala maklumat perancangan kursus, pemilihan peserta dan nota-nota yang perlu dikemaskini. Di harap segala perancangan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. InsyaAllah, info kursus akan saya maklumkan dalam masa terdekat..(";) Selamat berkursus ke INTAN untuk tahun 2011 buat semua.