Monday, February 27, 2012

Media Jaringan Sosial & Sektor Awam


Kini, media sosial & sektor awam begitu sinonim. Tidak disangkal lagi, media sosial memainkan peranan penting dalam merapatkan komunikasi serta hubungan antara rakyat & kerajaan serta sesama anggota jentera kerajaan itu sendiri. Pelbagai usaha & inisiatif telah diambil oleh pelbagai pihak dalam mengoptimumkan pelaksanaan & penggunaan media sosial secara berhemah dalam Sektor Awam. Misalnya, pihak MAMPU sendiri telah mengeluarkan 'GARIS PANDUAN TATACARA PEMILIHAN KANDUNGAN MEDIA SOSIAL MAMPU' melalui Ruj.: MAMPU.BPKK.100-7/3/25/1 bertarikh 12
Oktober 2011. Antara garis panduan yang diterbitkan adalah seperti berikut:-

(a) Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU “Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial” bertarikh 8 April 2011;
(b) Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU “Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam” bertarikh 19 November 2009;
(c) Garis Panduan Pelaksanaan Blog Bagi Agensi Sektor Awam bertarikh 17 Julai 2009;dan
(d) Pekeliling KemajuanPerkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2003 “Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan”.


Sehubungan itu, dalam konteks KM, kita sebagai pengguna media sosial marilah kita bersama-sama memastikan bahawa setiap maklumat yang dikongsikan adalah mematuhi kriteria&garis panduan yang ditetapkan. Sharing is Caring :-)!