Friday, September 9, 2011

JOM KE..PROGRAM GEM:BOREE INTAN 2011


Bersempena menyambut ulangtahun penubuhan INTAN yang ke-39 selaku peneraju Institut Latihan bagi Sektor Awam, INTAN akan menganjurkan Program GEM:BOREE INTAN 2011 bermula dari 12 – 17 September 2011 bertempat di INTAN Bukit Kiara. Matlamat utama penganjuran program ini adalah:

a) meraikan 39 tahun sumbangan INTAN terhadap pembangunan latihan sektor awam dan peranannya dalam membentuk serta meningkatkan mutu perkhidmatan di kalangan kakitangan kerajaan;

b) memberikan pendedahan dan ruang khususnya kepada pegawai-pegawai muda kerajaan memperoleh ilmu pengetahuan, menggalakkan ‘knowledge sharing’ dan memangkin ‘character building’ ke arah pembentukan generasi pemimpin-pemimpin muda yang bersifat ‘knowledge centric’;

c) memperkukuhkan hubungan dan jaringan kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan, NGO, badan-badan swasta dengan INTAN; dan

d) mempromosikan INTAN kepada masyarakat umum melalui pelbagai aktiviti yang berbentuk akademik, pameran-pameran, karnival jualan, hiburan dan lain-lain.

Justeru itu, marilah kita beramai-ramai ke program ini yang akan berlansung selama enam (6) hari dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang berbentuk ilmiah, perkongsian ilmu, sesi interaksi, pameran, sambutan Hari Malaysia dan sebagainya. Sila kunjung ke Portal Gem:boree INTAN untuk maklumat selanjutnya...