Thursday, October 21, 2010

KM: Video

Monday, October 18, 2010

NICT: National ICT Conference 2010

Alhamdulillah, National ICT Conference (NICT) 2010 yang dianjurkan oleh MDEC dengan kerjasama INTAN telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 11 dan 12 Oktober 2010 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). NICT 2010 yang bertemakan ‘Innovative Malaysia: ICT Accelerating Change & Performance in Government & Businesses’ menjadi medium perbincangan untuk duduk sebumbung di antara wakil sektor awam dan pihak industri ICT bermusyawarah, melontarkan idea, dan mengutarakan cadangan bernas ke arah menginovasikan ICT sebagai ‘enabler’ bagi meningkatkan kualiti servis dan mutu kerja.Dengan kehadiran lebih kurang 30 orang speaker yang berkaliber dan berpengalaman, ianya mampu menarik lebih 500 hadirin untuk turut serta memeriahkan NICT pada tahun ini.


Syabas dan tahniah untuk semua..Apa yang penting..KERJASAMA!

Friday, October 8, 2010

Bengkel Multimedia: Digital Video

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Selamat berkursus buat semua peserta Bengkel Multimedia: Digital Video yang diadakan selama 4hari bermula 5 hingga 8 Oktober 2010.


Friday, October 1, 2010

Salam Aidilfitri...salam syawal

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Salam syawal.
Salam eidulfitri.
Salam raya.


Selamat menyambut hari kegemilangan buat semua umat Islam di seluruh dunia. Kepada semua yang pernah mengikuti kursus anjuran INTAN terutama anjuran PLPICT, kami mengucapkan salam lebaran, mohon maaf zahir dan batin. Semoga lebaran kali ini memberi seribu makna buat semua bersama keluarga tersayang.


Monday, September 6, 2010

BPARS: Kursus Business Process Architecture Redesign Strategy

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, Kursus Business Process Architecture Redesign Strategy (BPARS) telah diadakan dengan jayanya pada 1-2 Seprember 2010 di INTAN Bukit Kiara. Kursus ini telah dihadiri oleh Pegawai Teknbologi Maklumat (Kanan) dari INTAN dan juga MAMPU.

Kursus yang bertujuan untuk membangunkan kompetensi personel ICT di dalam bidang Business Process Architecture Redesign Strategy ini telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr. Richardus Eko Indrajit. Beliau berpengalaman luas selama 15 tahun di dalam Business Process Architecture Redesign Strategy bagi projek ICT di sektor awam dan swasta Indonesia. Beliau juga merupakan penasihat kepada Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Kementerian Penyelidikan dan Teknologi, Kementerian Pendidikan Kerajaan Indonesia dan Presiden kepada Association of Software Architect (IASA) Indonesia.

Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada semua peserta yang sudi meluangkan masa mengikuti kursus BPARS ini. Semoga kursus-kursus sebegini akan berterusan pada masa akan datang. InsyAllah.


Wednesday, August 18, 2010

DPA - Keselamatan ICT



Download

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan! Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia di ucapkan kepada semua warga INTAN khususnya warga PLPICT, IMATEC, semua penceramah dan juga para peserta kursus yang pernah mengikuti kursus di sini. Moga bulan yang penuh barakah ini menjadi bulan kita muhasabah diri dan juga menilai prestasi kerja masing-masing. Untuk makluman, di bulan Ramadhan ini, hanya beberapa kursus sahaja yang di jalankan. Persediaan lebih tertumpu kepada mengemaskini modul dan fail kursus. InsyaAllah kursus yang akan datang akan di war-warkan oleh pihak kami.


Nabi s. a. w. bersabda; "Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan."
- Riwayat Al Baihaqi


Renung-renungkan...dan selamat beramal di bulan yang dijanjikan pahala berlipat ganda ;)


Wednesday, July 28, 2010

PTK4: Pengurusan Keselamatan ICT



Download

PTK4: Strategic Management



Download

Tuesday, July 27, 2010

PTK4: Software Quality Assurance

Tuesday, July 13, 2010

TU - Shaping Tomorrow With You

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Unit Pengurusan Maklumat, PLPICT dengan kerjasama Dreamsoft (M) Sdn. Bhd dan Fujitsu (M) Sdn. Bhd akan menganjurkan Seminar Technology Update Siri 5/2010 pada 21 Julai 2010 bertempat di Dewan seri Baiduri, INTAN Kiara. Sehubungan itu, di jemput kepada sesiapa yang berminat untuk hadir ke seminar TU ini dengan memaklumkan kepada Pn. Nurzaini (7732) atau Pn.Hazrina (7742).

Buku Program TU Siri 5/2010

Friday, June 4, 2010

Wednesday, June 2, 2010

Electronic Government

EG DPA 020610-Latest

Tuesday, June 1, 2010

Taklimat Modul ICT DPA 2010

Taklimat DPA Dari Urusetia

Thursday, May 27, 2010

DPA - Pembangunan Sistem




Download

DPA - Jadual Program

DPA - Jadual Program Modul ICT

Wednesday, May 26, 2010

DPA - Infrastruktur Hw dan Sw

DPA - IT Management

IT Management DPA

DPA - Keselamatan ICT

DPA-Keselamatan ICT

Tuesday, May 25, 2010

EPSA: E-Pembelajaran Sektor Awam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Seringkali kami di ajukan dengan persoalan tentang EPSA apabila kami mengendalikan kursus atau bengkel. Justeru itu, entri pada kali ini akan bercerita serba sedikit pengenalan EPSA untuk tatapan semua pembaca blog latihan ict ini. Untuk makluman yang lebih lanjut, EPSA boleh di capai melalui http://www.epsa.intan.my . Di harap penggunaan EPSA di kalangan semua penjawat awam dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. 


Apa itu EPSA?
EPSA ialah akronim bagi E-Pembelajaran Sektor Awam. EPSA dibangunkan sebagai portal pembelajaran yang mempunyai kemampuan bagi tujuan komunikasi, kolaborasi, penyampaian kandungan dan penilaian pelajar. EPSA bertujuan untuk menganjakkan pengalaman pembelajaran personel sektor awam dari kaedah konvensional di bilik kelas ke dunia pembelajaran secara ‘bila-bila masa dan di mana juga'. Kaedah pembelajaran ini bergantung kepada kebolehcapaian kemudahan internet untuk memperolehi bahan pembelajaran serta berkolaborasi atas talian secara interaktif dan mudah dengan fasilitator kursus dan rakan pelajar. EPSA juga bertujuan untuk memberi kuasa dan upaya (empowerment) kepada pelajar bagi membolehkan mereka mengawal perancangan pembelajaran mengikut keperluan kendiri.

Apakah objektif EPSA?
Objektif EPSA adalah seperti berikut:

Pelaksanaan EPSA adalah berdasarkan kepada Blueprint E-Pembelajaran Sektor Awam yang telah menetapkan hala tuju strategik di samping kerangka dan garis panduan pelaksanaannya.

Apakah faedah-faedah menggunakan EPSA?
Projek EPSA adalah pelaksanaan inisiatif kerajaan bertujuan untuk menyediakan bahan kursus yang berkualiti dan mudah dicapai oleh semua anggota sektor awam. INTAN akan menerajui pelaksanaan EPSA yang merupakan salah satu daripada projek dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9).



Selamat berkursus secara maya!(";)

Monday, May 24, 2010

Menukar Theme pada Gmail

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Adakah anda pengguna Gmail? Jika ya, entri ini adalah untuk anda. Jika dahulu, Hotmail dan Yahoo Mail digunakan sebagai pilihan bagi webmail. Tetapi kini penggunaan Gmail atau google mail yang merupakan salah satu produk Google, amat popular sebagai aplikasi emel yang sangat efisyen. Di sini saya lampirkan perbandingan antara Hotmail, Gmail dan Yahoo Mail yang dipetik daripada http://inconcept.wordpress.com sebagai rujukan bersama.
Walaubagaimanapun, untuk entri kali ini, bukanlah saya ingin bercerita tentang yang manakah webmail lebih hebat, bagus dan popular, tetapi ingin berkongsi cara menukar 'theme' pada Gmail anda supaya lebih menarik.

Langkah 1: Login pada akaun Gmail anda.

Langkah 2: Lihat lah pada Gmail anda sebelum di lakukan transformasi. Pilih pada tab -> 'setting'


Langkah 3: Klik pada tab Setting -> 'Theme'. Anda akan melihat pelbagai variasi 'theme' yang disediakan. Sekarang pilih dan klik pada mana-mana 'theme' kesukaan anda.


Langkah 4: Berjaya! Lihat pada hasilnya......(";)


Selamat mencuba!

Monday, May 17, 2010

Linux: Jom Belajar Ubuntu

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Di petik daripada http://akusebuahblog.blogspot.com/2010/05/belajar-linux-first-to-download.html
Sekadar berkongsi untuk manfaat bersama ;)

Sesiapa yang nk blajar linux, internet connection is highly recommended. sbb apa? sbb biasanya dari situ je la sumber2 boleh diperolehi. kalau nk blajar or need help, kne baca forum, baca website... download itu, download ini... maklum la, benda free.

So sme gak ngan Ubuntu. After install Ubuntu, xsume benda ada. byk kne download manual. yg jadi masalah ialah, apebenda nk download, kt mana nk download and cmna nk install. dulu, mse memula gne linux itu la mslah yg hadapi. tp skang keje korang dh mudah dh sbb everything is ready for you.


Berikut adalah cadangan2 software yg perlu diinstall after install ubuntu
  1. CCSM - nk bagi ada animation skit (cth cm masa maximize, minimize), so xde la boring akan buntu sgt dgn ubuntu korang... - cara 1
  2. Ubuntu Restricted Extras - ni penting. automatik install plugin and codec utk mp3, avi, flash, mpeg - cara 1
  3. Sun Java Plugin - support Java utk browser - cara 1
  4. VLC - opensource media player yg famous utk byk platform termasuk Windows and OSX. Most video and audio format bley play kt player ni. ringan, pantas dan tuntas... anda pasti score! - cara 1
  5. Brasero - Burn CD and DVD (biasanya dh install bersama2 ubuntu) - cara 1
  6. GIMP - Adobe Photoshop replacement - cara 1
  7. Audacity - SoundForge replacement - cara 1
  8. OpenOffice - MS Office replacement (biasa dh install bersama2 ubuntu gak) - cara 1
  9. Google Chrome - Alternative web browser. best sbb ringan dan cpt load web (kne download dari http://www.google.com/chrome) - cara 2
  10. Adobe Reader - kne download dari (http://get.adobe.com/reader/) dan perlukan command install - cara 3

    bawah ni cara-cara nk download dan install.. ada cara yang mudah dan ada cara yang susah:


    Cara 1 - Cara Paling Mudah
    Biasanya boleh digunakan oleh kebanyakkan OpenSource apps yg dibuat oleh community Linux dan hardcore opensource. Caranya Klik Applications > Ubuntu Software Center

    Then a window will appear:

    Kt atas kanan tu ada ruangan utk search, so kome search je la dari situ.. utk download, klik pada nama app tu dan klik arrow kt situ.



    pastu dia akan ada pilihan install.

    dia akan download and automatically install utk korang.

    after dh install, cari app tu kt menu Applications (kecuali korang install plugin or codec, xde la kt situ)... senang je kan... lagi senang dari Windows

    *utk cari library yg lebey detail, bole gne System > Administration > Synaptic Package Manager

    Cara 2 - Mudah
    Teknik ni menggunakan Package Installer. Surf kat web, cari application tu, download installer format *.rpm, *.deb, double click utk open... baca arahan, klik Install... klu de next, klik la next... ala, macam windows ler... huhu. ni contoh masa install Google Chrome format deb:


    Cara 3 - Kurang Mudah
    Yang ni kurang mudah sbb kene gne command dan Terminal. Sesetengah developer xnk gne Package Installer untuk buat installer. Tp kene ajar gak sbb byk gak installer dari kategori ni. Fail yang bole gne teknik ni biasanya format .bin (.run pun bole gak rsenya).

    Memula download application tu. Contoh kt sini aku download Adobe Reader. Then klik kat Applications > Accessories > Terminal

    App Terminal akan terpapar di skrin. kod pelik yg akan keluar ialah spt berikut nama_user@nama_pc:~$

    Tiga (3) benda korang kne buat kt sini.
    1. Pegi ke folder kt mana korang download installer file tu... Cth, cm aku download kt folder Downloads, so aku taip la kt Terminal tu cd Downloads, tekan Enter. klu xpenah gne Terminal / DOS, command dia adalah spt berikut:
      • cd Namafolder - untuk masuk ke dalam folder tu (case sensitive)
      • cd .. - untuk keluar ke parent folder
    2. bila dh masuk,
      • taip chmod +x nama_fail_tu.bin
      • tekan Enter
    3. bila dh kuar balik kod pelik tu, taip plak
      • taip sudo ./nama_fail_tu.bin
      • tekan Enter
    Kalau dia tanya pape during installation tu (depends on app), pandai2 le jawab, yes ke.. no ke... biasa soalan2 mudah jerk. ni screenshot utk aku:




    Cara 4 - Tidak Mudah
    mse dulu aku gne linux, kne gne teknik ni... caranya download fail *.tar.gz, *.tar.bz2, *.tgz atau *.tbz2 (source file dia), extract, compile, then install... n mengikut pengalaman aku, slalu xjadi sebab xcukup library... aku nk ajar pun xbrape terrer... so... aku xnk ajar la... korang kne carik sendiri kt en google :P

      Tuesday, May 11, 2010

      Kursus Asas JTK 2010 (Siri 3)

      Kursus Asas Juruteknik Siri Ke-3/2010 sedang berlangsung mulai 10-13 Mei 2010 di INTIM. Peserta adalah terdiri daripada Juruteknik Komputer FT17 dari pelbagai jabatan dan sekolah-sekolah.

      Tuesday, May 4, 2010

      Knowledge Management (TOT)

      Bengkel Knowledge Management (TOT) telah berlangsung di IMATEC, INTAN Bukit Kiara mulai 3 hingga 6 Mei 2010. Peserta bengkel adalah terdiri daripada Tenaga Pengajar dari Program Latihan Pengurusan ICT, Program Pembangunan Kepakaran ICT dan KP EPSA serta wakil pegawai dari Pejabat Khidmat Perunding Pengurusan Maklumat, MAMPU.

      Monday, May 3, 2010

      Case Teaching & Case Writing

      Kursus Case Teaching dan Case Writing telah diadakan di Bilik Siber 2, Aras 2, IMATEC. Peserta terdiri daripada pegawai-pegawai dari Program Pembangunan Kepakaran ICT dan Program Latihan Pengurusan ICT. Di akhir kursus, peserta telah dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan dan telah membuat persembahan case. Tahniah kepada semua peserta dan jutaan terima kasih kepada KP LPICT. Slaid persembahan boleh didownload dari SkyDrive.

      Thursday, April 29, 2010

      Kursus Asas JTK 2010 (Siri 2)

      Assalamualaikum w.r.t dan salam 1Malaysia,

      Dimaklumkan bahawa Kursus Asas Juruteknik Komputer siri 2 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18-22 April 2010 bertempat di INTAN Wilayah Timur (INTIM). Perkongsian ilmu dikalangan 29 orang peserta FT17 dari pelbagai jabatan dan kementerian di harap dapat dipraktikkan demi untuk kemajuan kerjaya masing-masing.InsyaAllah.



      Jutaan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar dan fasilitator: En.Zakaria Deraman, Pn. Nurzaini Mohamad Zain, En. Khairul Ahzani, En. Mohamad Kamal Md. Dahlan, Cik Sharifah Wan Idaris, Normala Mazlan dan Azraqall Badrul Wahyudin. Sekian, Terima kasih.

      Wednesday, April 28, 2010

      Bengkel Asas Multimedia: Authoring Siri 2

      Assalamualaikum w.r.t dan salam 1Malaysia,

      Makluman kepada semua,
      Bengkel Asas Multimedia:Authoring siri 2 akan diadakan pada 10-14 Mei 2010. Justeru itu permohonan untuk mengikuti bengkel ini masih lagi dibuka. Permohonan boleh dilakukan dengan melayari web rasmi INTAN di http://www.intanbk.intan.my/i-portal/ di ruangan kursus&jadual. Sekian.

      Wednesday, April 21, 2010

      Kursus Asas JTK 2010 (Siri 1)

      Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

      Kursus Asas Juruteknik Komputer akan diadakan sebanyak 3 siri pada tahun ini yang dijadualkan seperti berikut:

      Siri 1: 11-15 April 2010
      Siri 2: 18-22 April 2010
      Siri 3: 9-13 Mei 2010

      Kursus ini akan berlangsung selama 5 hari bertempat di INTIM. Bagi siri 1, Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran peserta seramai 28 orang.

      Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak INTIM diatas kesudian tempat yang disediakan juga penghargaan 'jasamu dikenang' diucapkan kepada fasilitator dan tenaga pengajar (En. Sukiman Hassan, Pn.Nurzaini Mohamad Zain, Pn.Hazrina Hassan, En. Safwan Abdullah, Cik Rosdayani Mohd Hadzir, Cik Ezura Mohd Rosli Ibrahim, dan En.Rosdi )yang diimport khas dari INTAN Bukit Kiara.

      Selamat maju jaya kepada semua peserta yang hadir, dan diharap komuniti FT 1st batch kursus ini dapat saling berhubung dan menjadi pemangkin semangat kepada FT yang lain untuk hadir ke siri-siri yang seterusnya.InsyaAllah.



      Sesi Pembentangan Persembahan kumpulan.


      Hasil Daripada Perbincangan dan Pembentangan.

      Tuesday, April 13, 2010

      Thursday, April 8, 2010

      Bengkel Multimedia: Digital Image - Senarai Tugasan

      Sesi persembahan tugasan berkumpulan : 2.30pm - 3.30pm

      Tugasan Berkumpulan -Digital Image

      Bengkel Multimedia: Digital Image

      Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

      Bengkel Multimedia: Digital Image telah bermula pada 5 sehingga 8 April 2010 yang telah dihadiri seramai 18 peserta. Antara objektif bengkel ini ialah:

      1)Mengaplikasikan penggunaan adobe photoshop di dalam projek multimedia;
      2)Mempelajari proses membangunkan imej dalam aplikasi Adobe photoshop; dan
      3)Pengalaman hands-on dengan perisian aplikasi Adobe Photoshop.

      Kepada semua peserta Bengkel Multimedia: Digital Image 2010, jutaan terima kasih di atas kehadiran anda ke INTAN. Moga segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya semasa di jabatan masing-masing.

      Tuesday, March 30, 2010

      Bengkel RSP: Kursus Teras Juruteknik & PC Engineering

      Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.


      Dimaklumkan bahawa pada 31 Mac & 1 April 2010 akan diadakan Bengkel Penyediaan Rancangan Sesi Pembelajaran (RSP) bagi Kursus Teras Juruteknik Komputer dan PC Engineering bertempat di Bilik Mesyuarat IMATEC 1.

      Bengkel RSP ini di cetuskan berdasarkan keperluan dan keberkesanan Bengkel Penyelarasan Desktop Productivity yang telah di jalankan pada 3-5 Mac 2010 dengan disertai oleh wakil-wakil kampus wilayah. Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk menyelaraskan modul bagi kegunaan tenaga pengajar di samping membangunkan bahan kursus seperti nota kursus, soalan pre test & post test, slaid, slide persembahan dll.

      Justeru itu, di harap bengkel RSP yang diselaraskan dan dikendalikan oleh Unit Latihan Pengurusan Maklumat ini akan berjalan dengan lancar dan jika sesiapa yang ingin memberi cadangan/idea/komen bolehlah di emelkan kepada plpict.imatec@gmail.com.

      Friday, March 26, 2010

      KM Pic: Slide Show

      Assalamualaikum dan salam 1malaysia..

      Alhamdulillah, tamatlah Bengkel KM dengan jayanya semalam pada tarikh 25 Mac 2010. Bengkel selama 4 hari terasa amat pantas berlalu dengan kepadatan modul, keberkesanan cara penyampaian yang santai dan aktiviti makmal yang bermanfaat malahan ada di antara peserta yang melahirkan kesedihan apabila tamatnya bengkel dan memohon agar tempoh bengkel dipanjangkan.Bagi pihak urusetia, kami memohon jutaan kemaafan jika terdapat sebarang kekurangan sepanjang bengkel berlangsung, di harap segala perkongsian ilmu yang diperoleh dapat di aplikasikan di jabatan dan agensi masing-masing. Terima kasih di ucapkan kepada En.Megat dan En.Akmal selaku tenaga pengajar dari Dreamsoft Corporation, para peserta dan pihak yang terlibat secara langsung.



      Tuesday, March 23, 2010

      Selamat Datang...

      Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

      Blog ini merupakan medium perkongsian maklumat di kalangan komuniti Program Latihan Pengurusan ICT, INTAN. Idea penubuhan medium ini sebagai 'enabler' kepada CoP adalah rentetan daripada Bengkel Knowledge Management yang di adakan pada Mac 2010. Kandungan blog ini bukan sahaja terbatas kepada ahli CoP ini sahaja, tetapi juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai 'interest' yang sama.