Friday, June 3, 2011

Seminar Technology Update Siri 5/2011 - "Workplace Modernization"

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Unit Pengurusan Maklumat, PLPICT dengan kerjasama Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd akan menganjurkan Seminar Technology Update Siri 5/2011 pada 28 Jun 2011 bertempat di Dewan Seri Baiduri, INTAN Kiara.Seminar ini adalah terbuka kepada semua kakitangan sektor awam, terutamanya kumpulan Pengurusan&Profesional. Sejajar dengan tema "Workplace Modernization", fokus seminar adalah untuk berkongsi maklumat bagaimana trend dan teknologi terkini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menyokong secara optimum perubahan gaya kerja serta meningkatkan kadar nilai-mencipta.

Jadi,jangan tunggu lagi...
Daftarlah segera sebelum 27 Jun 2011 (Isnin) dengan menggunakan borang pengesahan kehadiran seperti yang tertera di bawah.

Tuesday, May 24, 2011

NICT:National ICT Conference 2011

NICT kini kembali lagi! Dengan bertemakan "Malaysia's Digital Transformation for Global Competitiveness", persidangan kali ini akan diadakan pada 7-8 Julai 2011 yang bertempat di Putrajaya International Convention Center (PICC). Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan mengunjungi laman web rasmi NICT 2011 di pautan http://apps.intan.my/nict2011/. Justeru, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bersama-sama mendapatkan ilmu bermanfaat daripada pakar-pakar industri ICT dari dalam&luar negara. Jumpa anda di sana! InsyaALLAH...


"I thought to myself, 'I am wiser than this man: neither of us knows anything that is really worthwhile, but he thinks he has knowledge when he has not, while I, having no knowledge, do not think that I have. I seem, at any rate, to be a little wiser than he is on this point: I do not think that I know what I do not know."~Socrates

Tuesday, March 1, 2011

KM-Pengenalan Blog

Friday, January 14, 2011

Kalendar Kursus Unit Pengurusan Maklumat 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Unit Pengurusan Maklumat di bawah Program Latihan Pengurusan ICT, IMATEC telah merancang sebanyak lapan kali kursus sepanjang tahun ini di samping mengendalikan tugas-tugas yang lain. InsyaAllah, kursus akan bermula pada bulan Februari nanti dengan penganjuran Bengkel Multimedia:Digital Image. Semua penjawat awam berpeluang mengikuti kursus yang disenaraikan dengan membuat permohonan kursus dalam talian di laman utama INTAN Kiara.

Berikut di paparkan senarai kursus anjuran Unit Pengurusan Maklumat yang dirancang sepanjang 2011. Walaubagaimanapun, jika terdapat sebarang perubahan tarikh, kursus dan sebagainya akan dimaklumkan di blog ini dan juga di laman utama INTAN. Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Datang 2011.

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Selamat datang 2011 !!
Persiapan kursus sudah bermula...mengemaskini segala maklumat perancangan kursus, pemilihan peserta dan nota-nota yang perlu dikemaskini. Di harap segala perancangan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. InsyaAllah, info kursus akan saya maklumkan dalam masa terdekat..(";) Selamat berkursus ke INTAN untuk tahun 2011 buat semua.


Thursday, October 21, 2010

KM: Video

Monday, October 18, 2010

NICT: National ICT Conference 2010

Alhamdulillah, National ICT Conference (NICT) 2010 yang dianjurkan oleh MDEC dengan kerjasama INTAN telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 11 dan 12 Oktober 2010 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). NICT 2010 yang bertemakan ‘Innovative Malaysia: ICT Accelerating Change & Performance in Government & Businesses’ menjadi medium perbincangan untuk duduk sebumbung di antara wakil sektor awam dan pihak industri ICT bermusyawarah, melontarkan idea, dan mengutarakan cadangan bernas ke arah menginovasikan ICT sebagai ‘enabler’ bagi meningkatkan kualiti servis dan mutu kerja.Dengan kehadiran lebih kurang 30 orang speaker yang berkaliber dan berpengalaman, ianya mampu menarik lebih 500 hadirin untuk turut serta memeriahkan NICT pada tahun ini.


Syabas dan tahniah untuk semua..Apa yang penting..KERJASAMA!